Usahawan Kambing merupakan blog bagi Gembala Kota. Kami menawarkan produk seperti daging kambing dan lembu untuk tujuan aqiqah, korban, majlis kenduri dan sebagainya. Baja dari tinja kambing yang telah diuji oleh MARDI merupakan salah satu hasil syarikat disamping susu kambing yang baik untuk kesihatan. Antara jenis kambing yang diternak adalah dari jenis Boer dan Jamnapari

Monday, October 6, 2008

Ekonomi Dunia & Industri Ternakan Di Malaysia


Kita sedang menghadapi krisis kewangan dunia. Namun begitu terdapat pelbagai usaha untuk menyelamatkan syarikat gergasi seperti Lehman Bro & AIG. Pihak senat Amerika telah meluluskan pelan penyelamatan setelah hampir 2 minggu didebatkan di Senat Amerika. Bush telah meluluskan USD 700 billion untuk tujuan tersebut walaupun krisis kewangan 1998 sebelum ini, Malaysia telah melakukan perkara yang hampir sama.

Itu syarikat yang besar, tetapi bagaimana peladang, nelayan dan penternak di Malaysia? Adakah KITA terlibat sama? jawapannya... tepuk dada tanya selera. Bagi saya, ianya tidak memberikan kesan secara langsung, rakyat Malaysia masih lagi memerlukan ikan, sayur dan daging untuk kehidupan seharian...masih ada lagi permintaan. Walaupun terdapat permintaan (demand) tetapi bagaimana kalau kos pengeluaran yang semakin meningkat, dapatkah semua penternak dan petani dapat menangani isu ini secara total. Begitu juga dalam hal pemasaran. MARDI? JPH? FAMA? sapakah yang dapat membantu meluaskan pasaran atau mengadakan kempen.

Setakat ini kerajaan begitu bersungguh mewujudkan penternak lembu dan kambing dan berbagai insentif diberikan. Dalam rantaian ekonomi semua itu ditengah-tengah. Lembu dan kambing perlu makanan, tetapi harga makanan melambung tinggi seolah2 gagal dikawal, itu rantaian yang pertama, bagaimana pula dgn rantaian terakhir yang utama... PEMASARAN. Inilah 2 perkara yang menjadi kemelut penternak lembu dan kambing setakat ini.

Walaubagaimanapun, kita sebagai individu perlu ada strategi dan usaha untuk menangani masalah tersebut.


1 Comments:

Blogger Rizal Ariff said...

Dalam jangka panjang, ianya akan memberi kesan juga....

October 6, 2008 at 1:02 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home