Usahawan Kambing merupakan blog bagi Gembala Kota. Kami menawarkan produk seperti daging kambing dan lembu untuk tujuan aqiqah, korban, majlis kenduri dan sebagainya. Baja dari tinja kambing yang telah diuji oleh MARDI merupakan salah satu hasil syarikat disamping susu kambing yang baik untuk kesihatan. Antara jenis kambing yang diternak adalah dari jenis Boer dan Jamnapari

Thursday, October 2, 2008

Ternakan Kambing

Ternakan Kambing di Malaysia masih lagi bergantung kepada sumber makanan yang mahal iaitu palet. Bahan-bahan untuk membuat palet masih lagi diimport seperti jagung dan bahan lain. Oleh itu semua penternak-penternak kambing merasakan bahawa perlu diwujudkan satu persatuan penternak kambing yang dapat membantu semua ahli disamping dapat menjadi satu badan yang mengawal selia harga bahan makanan dan keseluruhan perniagaan kambing. Oleh itu semua penternak dapat bersatu padu untuk membendung kenaikan harga palet kerana hampir 60% perbelanjaan penternak adalah pembelian palet makanan.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home